10/11/14

Semaian Cili

Terdapat berbagai kaedah menyemai benih cili, bergantung pada individu tersebut untuk memilih kaedah yang terbaik bagi mereka. Kaedah merendam benih selama 48 jam terlebih dahulu merupakan kaedah terbaik bagi saya. Benih yang dibeli terlebih dahulu direndam dengan air suam-suam kuku dalam satu bekas plastik kemudian dibiarkan 2 hari. Pada hari ke 3, benih-benih tersebut di tuang pada helaian surat khabar untuk tujuan pengeringan. Tray 104 lubang disediakan terlebih dahulu sementara menunggu 48 jam benih cili tersebut kembang.

Peatmoss yang baru dikeluarkan dan dibasahkan terlebih dahulu dengan air di dalam baldi dan digaulkan sehingga lembap kesemuanya. Setelah itu, ambil peatmoss tersebut dan ratakannya pada tray. Buat sedikit lekuk di tengah-tengah peatmoss. Benih yang sudah kering tadi diambil menggunakan sudu dan diletakkan berhati-hati pada setiap lubang tray. Pastikan benih berada di dalam lekuk lubang, Tujuan lekuk ini dibuat bagi mengelakkan benih beranjak ke tempat lain sewaktu proses menyungkup tray dengan bahan legap yang lain.

Seterusnya, setelah selesai benih-benih tersebut, ambil tray kosong yang lain lalu terlungkupkan di atas tray berisi benih tersebut. Selang 4 hari, benih-benih sudah mula bercambah. Tidak perlu meratakan peatmoss lain di atas benih-benih cili itu, namun jika mahu, cukup sekadar lapisan yang nipis, tidak terlalu tebal. Ada pendekatan menyungkup menggunakan plastik sampah hitam, namun ia sukar untuk dikeluarkan selepas itu dikhuatiri melekat dan membawa benih-benih cili keluar. Jika ada tray takungan, gunakan tray itu dan isikan baja AB dengan bacaan EC 1.0-1.8. Penggunaan tray takungan amat bagus bagi pertumbuhan yang sekata. Namun jika tiada, ia tidak mengapa, kaedah lain ialah dengan menggunakan spray kabus atau siraman air botol yang ditebuk pada penutupnya.

4/11/14

Tentang cili

Cili api ialah sejenis cili yang kecil sedikit berbanding cili besar yang biasa kita lihat. Namun, cili ini lebih pedas jika dibandingkan dengan cili besar. Jika mengikut kiraan julat kepedasan skala Scoville, cili api memberi kiraan hingga mencapai kira-kira 50,000-100,000 SHU.

3/11/14

Projek Cili Fertigasi

Banyak projek cili fertigasi yang boleh kita buat.

Kursus Cili Fertigasi di Perak

Mari kita belajar kursus fertigasi cili di Perak.

Pasaran Cili Fertigasi

Perlu kita tahu pasaran penjualan cili fertigasi.

Peralatan Fertigasi

Peralatan fertigasi

Cara Tanam Cili Fertigasi

Pokok cili mempunyai pelbagai cara menanam. Antara yang terkenal sekarang adalah cara guna fertigasi.

Kali ini saya perkenalkan macam mana saya menanam cili fertigasi dengan teknik hidroponik.